SEBAB KENAPA LAGU "APA KHABAR" MENANG AJL 29 - Penjelasan Datuk Mokhzani Ismail


KUALA LUMPUR: Ramai juga penonton yang agak terkejut apabila lagu Apa Khabar dendangan Joe Flizzow menampilkan SonaOne diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang berlangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu berkenaan sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21 yang diadakan tahun lalu.

Lagu Dayang Nurfaizah pula yang disebut-sebut sebagai saingan sengit lagu Apa Khabar berada di tempat ketiga.

Menurut Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak sebagai salah seorang juri profesional pertandingan karya lagu kebanggaan TV3 itu, menghuraikan pandangan kenapa lagu Apa Khabar mengungguli AJL29 di akaun laman Facebook miliknya.

Beliau juga sejujurnya amat berpuas hati dengan keputusan penuh AJL29.

"Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yang cukup kreatif daripada segi melodi yang bersahaja.

"Malah tag line lagu ini yang senang kita ingat iaitu aku tanya apa khabar. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih jelas maksud yang Joe Flizzow rapkan.

"Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype. Bagi saya, mereka telah melonjakkan satu dimensi muzik baru dalam arena industri muzik Malaysia. Yang mampu diletakkan di arena muzik global," katanya.

Mokhzani berkata, memilih lagu terbaik dapat dilihat pada kreativiti melodinya dengan kupasan lirik dalam penyampaiannya.

"Impak lagu ini nampak hidup dalam genre yang dipilih. Penyanyi hanya sebagai penyampai. Apapun lagu yang baik datang dengan pakej yang melengkapi segala-galanya.







isuterkini.info

0 Response to "SEBAB KENAPA LAGU "APA KHABAR" MENANG AJL 29 - Penjelasan Datuk Mokhzani Ismail"

Post a Comment