Pelakon Hanis Zalikha mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pengacara program realiti Islamik Pencetus Ummah, Ustaz Zulkefli Hamat yang mendakwa tindakan Hairul Azreen melamarnya di konsert akhir Gegar Vaganza, memesongkan akidah.
Menerusi akaun Twitternya pada pagi Khamis, Hanis telah memuat naik status di laman Twitternya yang mempersoalkan kenyataan tersebut.
Mungkin kerana tidak bersetuju dengan pandangan diberikan Zulkefli, Hanis telah menulis, “Apo Ustaz? Sebab dia serious nak nikahlah dia lamar,”.
Namun status tersebut telah dipadam dan telah ‘diganti’ dengan “Melamar sebab serious nak bernikah. Doa yang baik-baik ya”.
Terdahulu ,Ustaz Zulkefli menjelaskan perbuatan Hairul boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu sekiranya perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.
Menurut Ustaz Zulkefli, ayat “will you marry me” kini seringkali diguna pakai kebanyakan selebriti sehingga boleh menjadi ikutan dan pengaruh tehadap generasi akan datang.
Ianya menyerupai budaya agama lain selain boleh memesongkan akidah umat Islam.
Ahad minggu lalu pentas konsert akhir Gegar Vaganza dikejutkan dengan kemunculan Hairul Azreen yang melamar Hanis Zalikha untuk dijadikan isteri. Namun tindakan tersebut mendapat kritikan hebat oleh umum kerana tidak bersesuaian dengan adat Melayu.
www.isuterkini.info
0 Response to "HANIS ZALIKA SENTAP DENGAN TEGURAN USTAZ !!!"
Post a Comment